Masturbation atau toceng atau leceh atau ngocok. 18 tahun keatas sahaja
Perbuatan ini Salah dan Berdosa

Home Top Ad

Siapakah yang dapat membantu anda : • Ibubapa • Guru/kaunselor • Pembimbing Rakan Sebaya • Doktor • Sumber rujukan seperti Kementerian Kesih...

Siapakah yang dapat membantu anda

Siapakah yang dapat membantu anda:

• Ibubapa
• Guru/kaunselor
• Pembimbing Rakan Sebaya
• Doktor
• Sumber rujukan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia: www.moh.gov.my dan
JAKIM: www.islam.gov.my
• Pertubuhan Bukan Kerajaan seperti Malaysian Consultative Council for Buddhism,
Christianity, Hinduism and Sikhism

Bilakah anda perlu mendapatkan bantuan? Anda perlu mendapatkan bantuan, sekiranya; • Aktiviti melancap anda menganggu aktiviti harian • Apab...

Bilakah anda perlu mendapatkan bantuan jika ketagih melancap

Bilakah anda perlu mendapatkan bantuan?

Anda perlu mendapatkan bantuan, sekiranya;

• Aktiviti melancap anda menganggu aktiviti harian
• Apabila anda terlalu rasa bersalah

Adakah melancap merbahaya ? Tidak, secara amnya, ia tidak merbahaya. Ianya boleh menjadi bahaya jika : • Ia dilakukan dengan agresif sehingg...

Adakah melancap merbahaya

Adakah melancap merbahaya?

Tidak, secara amnya, ia tidak merbahaya.

Ianya boleh menjadi bahaya jika :

• Ia dilakukan dengan agresif sehingga boleh mencederakan diri anda

• Ia dilakukan terlalu kerap sehingga menyebabkan gangguan fizikal dan psikologi

Contohnya:

• Seorang menggunakan berbagai jenis bahan, contohnya kain yang kasar untuk
memberikan lebih rangsangan kepada bahagian kemaluan sehinggga menyebabkan
luka di bahagian kemaluan.

• Seorang remaja lelaki mendapati dirinya mudah menjadi penat dan tiada tenaga untuk
bangun pagi ke sekolah. Dia juga tidak dapat menumpukan perhatian kepada
pelajaran.

Kenapa? Ini kerana dia menghabiskan waktu malam dengan melancap dan asyik memikirkan tentang perkara ini. Dia juga risau ahli keluarga dan rakan-rakan akan mengetahui bahawa dia melakukan perkara ini. Dia juga malu dan bersalah kerana melakukan perbuatan yang dilarang.

• Tingkah laku melancap jika tidak dirawat akan menyebabkan kecelaruan emosi dan pelaku merasa tidak segan silu melakukannya di hadapan orang lain.

• Gangguan emosi yang menjurus kepada keinginan seksual yang tinggi boleh dirawat melalui sesi kaunseling dan psikoterapi..

Apakah pandangan agama mengenai melancap ? • Di Malaysia, kebanyakan adat/budaya dan agama melarang perbuatan melancap. • Sebagai contoh, ag...

Apakah pandangan agama mengenai melancap

Apakah pandangan agama mengenai melancap ?

• Di Malaysia, kebanyakan adat/budaya dan agama melarang perbuatan melancap.
• Sebagai contoh, agama Islam dan Katolik melarang perbuatan melancap.
• Anda perlu mengambil kira pandangan agama anda ketika membuat keputusan untuk
melancap.
• Adalah lebih baik sekiranya anda boleh membincangkan isu-isu agama bersama guruguru
agama dan ibubapa anda.

Adakah melancap satu kesalahan? • Melancap boleh dianggap sebagai satu proses pertumbuhan yang normal, namun tidak semua individu melakukann...

Adakah melancap satu kesalahan

Adakah melancap satu kesalahan?

• Melancap boleh dianggap sebagai satu proses pertumbuhan yang normal, namun tidak
semua individu melakukannya.

• Ia merupakan pengalaman pertama untuk mendapatkan keseronokan seksual.

• Melancap berseorangan atau dengan pasangan anda adalah satu cara untuk mendapat keseronokan seksual tanpa risiko mengandung atau menghidap penyakit kelamin.

• Sekiranya anda melancap dan berasa bersalah setelah melakukannya, sila dapatkan
nasihat daripada sumber yang anda boleh percayai.

Ianya adalah satu kesalahan apabila

• Ia dilakukan di khalayak ramai atau di tempat terbuka

• Ia dilakukan dengan begitu kerap sehingga anda menjadi ketagih untuk melakukannya.

Apakah itu melancap? • Melancap ialah perbuatan yang melibatkan sentuhan atau gosokan pada bahagian kemaluan seseorang yang menyebabkan kese...

Apakah itu melancap

Apakah itu melancap?

• Melancap ialah perbuatan yang melibatkan sentuhan atau gosokan pada bahagian
kemaluan seseorang yang menyebabkan keseronokan seksual sehingga ke tahap
kepuasan nafsu (orgasm).
• Ia adalah sebahagian daripada perkembangan seksual dan boleh berlaku kepada
remaja lelaki mahupun remaja perempuan.
• Ramai orang tidak mahu membincangkan perkara ini atau mengaku melakukannya
kerana mereka mungkin berasa malu.
• Ia adalah sesuatu yang amat peribadi dan sulit.

Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

Jangan amalkan melancap

Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.

Recent Posts